Mutiara Hidup Pejuang

Saturday, November 15, 2008

Bersediakah Kita Menghadapi Ujian Allah???





Setiap manusia yang hidup di muka bumi Allah s.w.t ini pasti tidak akan terlepas daripada menghadapai pelbagai mehnah dan tribulasi yang mendatang. Ingatlah sahabat-sahabat, mehnah dan tribulasi yang kita hadapi tersebut, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T, tuhan pencipta alam ini. Namun semua ini bukan penghalang untuk kita kelihatan senyum dan ceria. Sebaliknya,dengan senyuman dan kecerian itu, kita akan mampu untuk menghadapi ujian hidup. Dengan berbekalkan kunci kesabaran dan ketenangan juga, kita pasti akan dapat melayari samudera kehidupan ini dengan jayanya disamping mendekatkan diri kepada Allah s.w.t..
Allah menguji setiap manusia dengan ujian yang pelbagai jenis. Akan tetapi, Dia tidak pernah membebani kita, sebagai hamba-Nya dengan melebihi kadar kemampuan kita. Ini adalah janji Allah sebagaimana yang termaktub dalam Kalam-Nya yang mulia :-

"Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh, Kami tidak memikulkan kewajipan kepada diri seseorang melainkan sekadar kesanggupannya, mereka itulah penghuni-penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya." (QS. Al A'raaf, 7: 42)

Ujian adalah satu peringatan buat manusia

Rasulullah pernah menjelaskan kepada kita berkenaan ujian-ujian yang dihadapi oleh manusia khususnya umat islam iaitu :
1- Berlaku bermacam-macam fitnah terhadap agama (dilakukan sendiri oleh umat Islam),
2- Berlaku gempa bumi, rebut taufan, banjir kilat, tanah runtuh,
3- Kematian di mana-mana (sama ada kematian disebabkan kemalangan, bunuh diri, membunuh orang lain bagi menutup rasa malu dan lain-lain), umat ditimpa pelbagai bentuk bala daripada Allah.

Berdasarkan keterangan hadis Nabi Muhammad di atas, kita sepatutnya bersyukur kepada Allah kerana dikategorikan dalam golongan umat Nabi Muhammad yang banyak kelebihannya, kerana baginda sahajalah yang mampu memberi syafaat di akhirat jika dibandingkan dengan para Anbiya yang lain.
Namun apa yang patut kita sama-sama fikirkan ialah persoalan hidup kita semasa di dunia ini, pernahkah kita terfikir, bagaimana Nabi Muhammad mengkhabarkan mengenai raptai ujian atau siksaan di dunia ini atas kesilapan yang kita sendiri lakukan.
Atas kealpaan manusia bernama Islam, yang melakukan banyak tindakan yang menyalahi agama, hingga ia dianggap fitnah terhadap Islam itu sendiri, sebagai contoh, berapa ramai di kalangan wanita Islam yang tidak bertudung kepala (hijab) dianggapnya dosa kecil, ada yang berjudi, minum arak, merogol keturunan sendiri, meragut, membunuh dan bermacam-macam jenayah lagi, kesemua itu adalah fitnah kepada Islam.

Justeru, apabila umat Islam sendiri terlibat dengan fenomena fitnah, maka tidak mustahil Allah SWT menimpakan pelbagai bentuk malapetaka dan bala yang tidak terduga oleh akal manusia, kalau di zaman nabi-nabi yang terdahulu, Allah timpakan bala seperti belalang, kutu, katak, darah yang menggerunkan pada ketika itu, tetapi pada hari ini Allah hukumkan dengan mendatangkan penyakit seperti selsema burung, penyakit kuku, tangan, kaki dan mulut, Aids dan macam-macam lagi yang menyebabkan manusia takut dan pasrah terhadap hukuman-Nya.

Antara bala yang ditimpakan Allah ke atas umat Islam kini ialah kematian, sama ada yang disebabkan oleh kemalangan atau pembunuhan, laporan akhbar setiap hari menyebut mengenai kes-kes kematian, ini menandakan bahawa Allah sedang merancang sesuatu untuk menghukum kita yang alpa dengan habuan dunia yang menjauhkan diri kepada-Nya.
Sebenarnya ujian yang kita terima dan sedang berhadapan dengannya, adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengingatkan kita kepada kejadian asal penciptaan, iaitu untuk beribadat kepada-Nya, apabila kita diuji dalam keadaan taat dan mati kerananya, maka kita sedang melakukan perkara yang soleh, tetapi sebaliknya apabila kita mati dalam keadaan maksiat dan menentang Allah, dikhuatiri kematian kita itu menjadi kutukan di sisi Allah SWT, justeru, marilah kita sama-sama menginsafi diri dan banyak melakukan muhasabah kepada Allah.(Sebahagiannya dipetik daripada Harakah Daily; 13 Nov 08)

Saturday, November 8, 2008

Bagai Pinang Dibelah Dua




Syukran dan sekalung tahniah ana ucapkan buat sahabat seperjuangan ana, Ustaz Syakirin b Husin yang selamat diijabkabulkan bersama pasangannya Ustazah Aziati pada petang Jumaat, 7 November di sebuah Surau yang terletak di Bandar Teknologi Kajang. Ana doakan moga sahabat ana berbahagia bersama temannya sehingga ke anak cucu.. Teruskan perjuangan anda dalam memastikan islam terus bersinar di muka Bumi Allah Taala ini..

Cinta dan Islam





Kebanyakan antara kita diajar sejak kecil lagi untuk menjaga diri supaya tidak terjebak dengan gejala sosial atau pergaulan bebas sesama bukan muhrim. Adat ketimuran dan didikan pemahaman Islam yang kukuh sejak kecil menjadi bekalan utama dalam mengharungi hidup yang kian mencabar dari semasa ke semasa; terutama di peringkat remaja. Remaja yang dapat bertahan sambil kuat berpegang dengan pemahaman tadi akan melepasi ujian ini dengan mudah, tetapi remaja yang mudah hanyut dibawa arus duniawi akan tenggelam ke dalam lembah yang hina.

Secara fitrahnya, manusia memang memerlukan pasangan berlainan jantina sebagai pelengkap perasaan cinta dan kestabilan emosi. Ini sudah terbukti sejak kita masih kecil lagi. Namun pada masa itu, perasaan malu dan ego masih belum menebal dalam diri manusia. Maka ‘cinta’ ketika itu hanyalah luahan secara luar sedar tetapi masih terbit dari perasaan fitrah manusia itu sendiri.

Apabila usia semakin meningkat, manusia akan mula mematangkan pemikiran melalui ilmu dan persekitaran yang dialaminya. Cinta kanak-kanak tadi mula bertukar rupa menjadi cinta yang lebih serius; cinta nafsu. Di peringkat usia ini, manusia baru mencapai akil baligh dan masih muda dalam membezakan haq dan batil terutama dalam bidang pemahaman terhadap Islam. Saya yakin tidak ada cinta di peringkat ini yang benar-benar suci dan bertujuan untuk berumahtangga.

Cinta dalam Islam sangat sinonim dengan cinta kepada Allah s.w.t. yang menjadi CINTA teragung dan terbesar berbanding cinta-cinta yang lain. Pemahaman masyarakat umumnya kepada istilah cinta sudah lari daripada maknanya yang asal. Oleh itu, apabila wujud sebuah percintaan dalam jemaah, ramai yang tersungkur dalam gerak kerja dakwah. Bukan salah cinta, tetapi pecinta yang menyalahgunakan cinta. Terlalu terikut-ikut dengan trend cinta masa kini hingga menyeleweng faham terhadap CINTA.

Sunday, November 2, 2008

Berjuang-juang juga, exam jangan lupa..


Usaha + Doa + Tawakkal = Kejayaan...Itulah formula untuk menggapai kejayaan di dunia dan di akhirat..Selamat Menduduki Final Exam buat semua Warga UKM khususnya ahli Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia dengan ucapan Bittaufiq Wannajah filimtihan..Banyakkan solat hajat dan berdoa pada Allah..Jangan lupa mohon ampun dan restu daripada mak dan ayah kat kampung..
 

Kalam Seorang Pendidik Free Blogspot Templates Designed by productive dreams for smashing magazine | | Free Wordpress Templates. Cell Numbers Phone Tracking, Lyrics Song Chords © 2009