Mutiara Hidup Pejuang

Saturday, February 28, 2009

Pertandingan Khutbah



Alhamdulillah, pada hari Rabu (25 Feb 2009) Kalam sempat menyertai Pertandingan Membaca dan Menyampaikan Khutbah dalam satu Program Penghayatan Seni Budaya UKM sempena Maulidurrasul yang diadakan oleh pihak Universiti yang bertempat di Surau Al-Munir Kolej Keris Mas. Penyertaan adalah seramai 20 orang khatib yang kesemuanya hebat-hebat belaka..2 orang di antara mereka adalah junior Kalam kat sekolah dulu. Rasa segan pulak bila berentap dengan mereka berdua..Pertandingan akhirnya tamat pada jam 1.00 tengahari.

Sempat lagi bersiar-siar ambik gambar tu..Maklumlah peserta yang ke-18..)

Wednesday, February 25, 2009

Program Dimensi Kesenian Islam ISIUKM




Di kesempatan ini, Kalam Iingin menjemput sahabat-sahabat pengunjung Blog ini untuk sama-sama hadir ke Program Dimensi Kesenian Islam (DKI 2)Anjuran ISIUKM pada 21 Mac 2009 (Hari Sabtu), jam 8.00 malam bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR).Harga tiket masuk adalah sebanyak RM 6 sahaja.Untuk Tempahan Tiket, sahabat-sahabat boleh menghubungi no phone berikut: Fikhry (019-3671003) & Fauzana (019-3661089)..Diharap sahabat dapat berkunjung ke sini nanti.

Fahaman hedonistik - Adakah Remaja Tahu Batasan & Tujuan??




FAHAMAN hedonistik ialah fahaman atau amalan atau sikap hidup yang didasarkan kepada nafsu-nafsi. Atas dorongan nafsu-nafsi remaja terdorong untuk berseronok-seronok kerana itulah makna dan pengertian hidup yang ada padanya.

Umumnya amalan hedonistik ini didasarkan kepada kehidupan orang Barat yang memiliki kuasa beli atau wang yang tinggi dan daripadanya membolehkan mereka melakukan cara gaya hidup berseronok-seronok dengan corak pakaian, jalan hiburan, jalan ketagihan, malah jalan seks yang akhirnya menimbulkan kerosakan kepada diri dan peribadi.

Keseronokan ini hanya untuk kepuasan diri atas dorongan nafsu kerana memang jiwa remaja segar dengan rangsangan nafsu. Pertimbangan baik-buruk bukanlah suatu syarat bagi dirinya. Yang penting hidup remaja hanya sekali. Tempoh ini mesti digunakan untuk berhibur, berkawan, jangan gundah-gulana.Jangan fikirkan tentang hari esok. Jangan fikirkan sangat tentang hari dewasa. Hidup datang dan pergi. Hidup mesti gembira! Buat apa fikir tentang perjuangan. Apa perlunya nilai dan agama. Dosa pahala bukan isu. Syurga neraka bukan isu. Yang penting berseronok-seronok.Seronok bermakna rasa terhibur, keinginan dipenuhi dan naluri diri diraikan. Isu yang berbangkit ialah fahaman seronok-seronok tanpa tujuan. Atau seronok-seronok atas dorongan hawa nafsu semata-mata. Islam tidak menentang remaja mendengar muzik dan lagu.

Islam tidak menghalang remaja aktif dalam sukan. Islam tidak menyekat remaja bergaul secara sihat dan tertib. Islam tidak menentang seni yang makruf. Islam menggalakkan kegiatan kebudayaan yang benar-benar memberi makna kepada diri dan kehidupan. Islam mengharuskan fesyen dalam berpakaian asal saja ia menutup aurat bukan mendedahkan tubuh badan sesuka hati. Pedoman yang Islam beri ialah remaja kena tahu batasan dan tujuan. Batasan pergaulan kena ikut keperluan syarak. Kalau tidak nafsu-nafsi akan mengambil tempat.

Dalam berhibur, pertimbangan baik buruk kena diambil kira. Kalau tidak syaitan dan iblis akan campur tangan. Apabila remaja mempunyai pertimbangan dan pedoman, ia tahu memilih, tahu akibatnya dan tahu dosa pahala. Sekiranya faham ini ada pada remaja, ia bakal mempedomankan remaja tentang maksud hiburan dan keseronokan. Contohnya, remaja amat suka kepada lagu dan muzik.Islam tidak mengambil sikap yang sempit terhadap lagu dan muzik. Prinsip yang Islam berikan ialah dengarlah lagu dan muzik yang mempunyai tujuan atau risalah. Maksudnya, lagu dan muzik itu sifatnya menghiburkan.

Keinsafan

Hiburan dalam pengertian lirik dan kata-kata yang dilagukan membawa makna ke arah keinsafan dan kebaikan. Iringan muziknya tidak merangsang nafsu-nafsi. Iringan muziknya memberi rasa keindahan yang tinggi dan mendekatkan diri kita ke arah keindahan rasa yang sebenar.Keindahan rasa yang sebenar bukan menjauhkan kita dengan Allah dan merobohkan batas diri atau kawalan diri terhadap perkara yang makruf. Kita rasa seronok kerana di samping terhibur kita tidak hilang kawalan diri, malah dengan terhibur meningkatkan kesedaran kita tentang kebaikan dan arah tujuan dalam hidup.

Seperti yang selalu disebutkan di sini, punca kepada berbangkitnya perkara ini ialah remaja, sejak zaman kanak-kanaknya lagi tidak dibesarkan dalam pendidikan dan penghayatan agama yang berkesan. Kadang-kadang pada zaman kanak-kanak atau awal remajanya, ia diajar tentang fardu ain dan al-Quran. Sayangnya ia tidak membawa kesan penghayatan dan pembinaan akhlak.

Kedua, remaja amat terdedah dengan corak hiburan terutamanya dari Barat seperti muzik dan lagu, filem-filem dan sekarang ini internet tanpa adanya kawalan dan menyebabkan nafsu-nafsi remaja terangsang. Apalagi setengahnya mula menonton filem-filem lucah dan ganas, menghisap rokok, pergaulan yang lepas bebas dan akhirnya terlibat dengan amalan dadah semata-mata untuk mencuba dan akhirnya timbul keseronokan, ketagihan dan ingin mengulangi lagi. Yang dahsyatnya ialah apabila sekali remaja terjebak dalam perangkap seronok-seronok sebegini, akhirnya ia akan terperangkap dan hilang pedoman untuk mencari jalan keluar.Bayangkan remaja seperti ini telah menghabiskan zaman remajanya dengan sia-sia, malah merosakkan dirinya dan akhirnya ia tidak menjadi aset atau harta untuk keluarga, masyarakat dan negara dan ia akan menjadi beban kepada pihak lain pula.

Seperti yang disebutkan awal tadi, Islam tidak menentang remaja berseronok dan berhibur. Inginkan keseronokan dan hiburan adalah suatu fitrah. Naluri manusia sangat suka kepada hal-hal yang menyeronokkan dan menghiburkan. Tetapi Islam memberikan kita batasan dan pedoman. Tanpa batasan dan pedoman kita akan kehilangan arah dan cenderung sesat jalan.Yang dipandu dan dipedomankan oleh agama kita ialah berseronok dan berhibur yang menibulkan keinsafan dan perasaan diri yang dekat dengan Allah, sukakan kebaikan, bencikan kemungkaran, merasa ada peranan dan tanggungjawab dalam hidup, dan tidak terlepas daripada kawalan diri yang sifatnya nafsu-nafsi dan akhirnya ada rasa kepuasaan yang amat tinggi bahawa keseronokan dan hiburan dihayati kerana Allah dan berhikmah untuk diri dan kehidupan.

Menikmati

Maksudnya ialah waktu berhibur kita merasakan diri kita sebagai hamba menikmati kurnia Allah yang maha indah melalui bait-bait atau senikata yang diungkapkan, alunan muzik yang tidak merangsang kealpaan dan boleh menyebabkan kita lalai dan hilang pertimbangan serta sentiasa menikmati suatu kepuasan tentang kebesaran Allah yang menjadikan alam dan kehidupan manusia penuh dengan rahmat dan nikmat.

Sekiranya hal seperti ini ada pada remaja dan pada kita semua, jenis keseronokan yang kita cari dan hiburan yang kita dapati sentiasa memandu kita hampir dengan Allah, merasa rindu kepada Allah, selalu sayangkan diri dan potensi yang Allah telah kurniakan dan membangunkan potensi itu dengan baik supaya kebaikan itu menjadi fahaman kita, bukannya hedonistik atau berseronok-seronok yang menyebabkan kita lalai dan alpa, lupa diri dan lupa segalanya sehingga akhirnya remaja boleh terjerumus ke lembah maksiat dan kerosakan yang sukar untuk dipulihkan semula.

Oleh itu bakat untuk berseronok harus digunakan secara fitrah. Maksud fitrah di sini ialah menggunakan pada tempatnya yang sesuai, ikut pedoman syarak dan jangan melampaui batas. Kalaulah keseronokan itu adalah kerana kelazatan, kelazatan adalah sementara dan ia tidak bersifat lama.Sekiranya kelazatan dirasai dalam bentuk syarak ia menjadi ibadah. Sekiranya kelazatan berlaku di luar batas syarak ia menjadi dosa dan mendatangkan musibah. Kelazatan boleh menimbulkan ketagihan. Mengambil rokok dan dadah umpamanya ada kelazatan sementara. Orang merasa khayal dan gian. Khayal dan gian menyebabkan orang lupa. Lupa boleh menyebabkan orang melakukan apa saja.

Kuda Liar

Remaja juga mempunyai lonjakan nafsu yang tinggi. Nafsu remaja ibarat kuda liar. Kuda liar, apabila ditunggangi, ia gopoh dan boleh menunggangi manusia semula. Kuda liar perlukan tali kekang untuk dijinakkan. Dengan tali kekang ia melatih kuda liar supaya patuh dan ikut pedoman penunggang. Lama kelamaan apabila latihan itu berterusan, nafsu semakin jinak dan akhirnya remaja bakal memandu nafsu dalam melakukan sesuatu tetapi bukan dipacu oleh nafsu dalam menghajatkan sesuatu.

Tali kekang kepada kuda liar itu ialah latihan rohaniah. Apabila remaja dekat kepada Allah, remaja mempunyai pancang dalam diri. Pancang diri ini penting supaya remaja tidak hilang pedoman. Dalam bersuka-suka, remaja ingat kepada Allah, patuh kepada batasan syarak. Dalam berhibur, remaja ingat halal dan haram sesuatu, ia menjadikan remaja berhibur kerana kebaikan.

Dalam bersukan remaja patuh batasan aurat, batas gaul dan batas waktu. Dalam menonton, remaja menonton hal-hal yang bermanfaat yang boleh mengiburkan. Dalam melancong, remaja menikmati dan menghargai keindahan alam dan kejadian bagi meningkatkan ketakwaan kepada Allah. Dalam membaca remaja membaca bahan-bahan yang meningkatkan mutu berfikir, mendatangkan idea-idea baru dan akhirnya menambahkan ilmu dan pengetahuan.

Sekiranya asas ini dapat disuburkan dalam diri remaja, hiburan tidak sampai kepada darjah berpoya-poya tetapi hiburan atau kesukaan membawa faedah kepada remaja supaya dewasanya remaja melalui proses-proses matang dan berkualiti dan kekuatan ini bakal menyumbang kepada diri remaja dan juga kepada masyarakat dan negara nantinya.

Renung-renungkanlah wahai sahabat-sahabat yang budiman..

- PROF DR. SIDEK BABA, Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Sunday, February 22, 2009

Sudut Motivasi : Berfikir Reflektif




InsyaAllah sedikit cetusan motivasi yang dapat kalam kongsikan pada hari ini. Berfikir secara reflektif?apa kebenda tu?...Berfikir reflektif diibaratkan seperti melihat cermin dan dari situ terlihat banyak benda untuk dijadikan pedoman dan garis panduan. Contohnya ketika memandu kereta, apabila kita ingin berjalan ke hadapan harus melihat cermun sisi dan belakang supaya ia mendapat pedoman untuk bergerak ke hadapan.Berfikir reflektif tidak sekadar melihat apa yang ada di belakang atau di sisi tetapi ia sebagai asas pedoman untuk melihat hari ini dan masa depan.Oleh itu, Berfikir sedemikian banyak menghubungkan apa yang telah berlaku untuk dijadikan iktibar dan teladan.

Para remaja merupakan kelompok yang terbaik untuk dilatih dan diasuh berfikir ecara reflektif. Dengan potensi yang sedang subur dan bakat untuk maju adalah tinggi, remaja harus berfikir reflektif untuk berubah dan bersedia menghadapi cabaran masa depan tanpa menoleh ke belakang bagi meneliti perjalanan sejarah, jejak-jejak kemajuan dan perubahan supaya langkah hari-hari yang akan datang di pedomankan dengan pencapaian dan kegagalan pada masa yang lalu.

Asas-asas reflektif yang perlu ada pada remaja ialah mengetahui sejarah bangsa dan umat. Ia penting kerana sejarah boleh mengulangi jejak. Apa yang berlaku pada masa yang lalu boleh kembali semula pada masa kini dan pada masa depan. Yang berlaku pada masa lalu lazimnya seakan-akan sama dengan apa yang berlaku pada masa kini dan pada masa depan. Bezanya ialah cara sesuatu itu berlaku dan kesannya terhadap kehidupan manusia. Contohnya, ilmu pengetahuan dan pendidikan berlaku sejak awalkejadian manusia. Nabi Adam mempelajari sesuatu daripada Alah untuk mengetahui sesuatu di sekelilingnya. DariNya Nabi Adam dan Hawa mendapat pedoman bagaimana untuk hidup dan berinteraksi dengan yang lain. Nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu juga membawa risalah kebenaran tentang Allah kepada kaum dan umatnya. Ada yang menerima dan ada yang menolak. Begitu juga pada hari ini Nabi Muhammad sudah lama meninggalkan kita, namun ajarannya tetap terus disampaikan kepada manusia. Ada yang menerima dan ada yang menolak.

Nabi Muhammad s.a.w pada zamannya membina asas tamadun. Madinah dijadikan asas model bagaimana seharusnya Islam tegak dan beroperasi. Model itu dikembangkan oleh para sahabat, tabien dan solaf al soleh sehingga tercetusnya perubahan dan kemajuan. Dalam siri kebangkitan pada Zaman Umayyah, Abasyiah, Andalusia dan Othmaniyah, kita menyaksikan sejarah kebangkitan dan kemerosotan tamadun Islam. Berfikir reflektif bukan saja meneliti faktor-faktor yang memperkasa tamadun tetapi melihat juga kepada perkara yang menyebabkan tamadun itu musnah dan runtuh. Dengan cara itu, para remaja akan mengetahui sebab-musabbab berlaku sesuatu peristiwa dan mengambilnya sebagai pengajaran dan iktibar.

RENUNGAN

Menyingkap isi kandungan Al-Quran, di dalamnya tersarat pelbagai kisah tentang kehidupan dan peristiwa yang telah dilalui oleh manusia pada masa yang lampau. Jika difikirkan, tentu ada sebab mengapa kisah-kisah tersebut dipaparkan kepada manusia. Jawapannya, ialah untuk menggalakkan manusia supaya berfikir. “Berfikir itu pelita hati”. Berfikir reflektif menjadikan kisah-kisah yang dirakamkan itu menjadi Ibrah ataupun sumber renungan, pemikiran dan teladan. Apa yang dilakukan oleh manusia dewasa ini, bukanlah sesuatu yang baru atau tidak pernah ada pada masa yang lalu. Kegilaan manusia kepada kuasa, pangkat, darjat serta harta benda yang tidak kekal menyebabkan mereka lupa diri, dan melampaui batas. Ini telah berlaku pada masa lampau dan diulangi kembali pada hari ini serta bakal terjadi pada masa yang akan datang. Kebaikan ada yang lalu akan terus diulangi sekiranya pedoman kebaikan itu dirasakan di kalangan mereka yang berfikir secara reflektif.

Berfikir reflektif adalah penting untuk membangunkan bangsa dan umat. Pada bangsa Melayu terhimpun khazanah silam yang sedikit sebanyak boleh memberikan kesan reflektif terhadap jatuh bangun bangsanya sendiri. Kitab Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah umpamanya walaupun terkandung fakta dan mitos, tetapi ia juga terselit elemen-elemen reflektif dan positif untuk renungan dan iktibar untuk generasi terkemudian. Kisah peminangan Puteri Gunung Ledang, walaupun dianggap mitos tetapi ia tetap mempunyai makna dan simbol tentang bagaimana nafsu serakah raja Raja Melayu terhadap kuasa dan cita-cita. Apabila nafsu bermaharajalela, tunggulah saat kehancuran yang bakal menjelma. Apabila rakyat dijadikan hamba abdi dan nilai kemanusiaan hilang, berlakulah penjajahan terhadap bangsa dan negara.

Mitos ini boleh berlaku pada masa yang lalu, kini dan juga akan datang. Berfikir reflektif memboleh kan kita menganalisis sebab runtuhnya Kerajaan Melayu Melaka. Sejarah Menlayu mengisahkan bagaimana di kemuncak kehebatan masyarakat Melayu, terdapat lapan puluh empat dalek atau bahasa yang diucapkan di pelabuhan atau bazar-bazar di kota Melaka pada ketika itu. Ini membayangkan betapa majunya perdagangan di Melaka. Secara reflektifnya, ia menunjukkan bahawa peri pentingnya kegiatan perdagangan dan perhubungan antarabangsa yang memboleh Melaka tampak maju ketika itu.

Rasulullah s.a.w pada zaman mudanya juga suka berniaga sehingga ke Yaman dan Syria. Baginda juga menyebutkan bahawa sembilan persepuluh sumber rezeki ialah dalam perniagaan. Para remaja harus berfikiran reflektif tentang bagaimana para pendakwah dulu, ramai antara mereka terdiri daripada pedagang-pedagang yang hebat. Dan bagaimana tika ini umat Islam lemah dan terpinggir kerana penglibatannya dalam dunia dagang amat kecil. Perhatikan bagaimana kuasa-kuasa Barat menguasai umat Islam dengan tersorot agenda multi-nasionalnya dan menguasai dunia dagang di negara orang-orang Islam.

Berfikir reflektif yang didorong dengan keinsafan yang mendalam tentang pra syarat untuk meju harus mendorong remaja insaf tentang diri dan hari esok. Berfikir reflektif boleh menggalakkan remaja menilai tentang baik dan buruknya sesuatu, tahu batasan boleh dan tidak boleh sert sering mengaitkan peristiwa yang lalu sebagai jalan berfikir yang terbaik.

Remaja Islam dalam proses pembangunan minda dan kesedaran diri harus mendekatkan diri dengan Al-Quran sebagai pembekal kisah-kisah manusia yang sebelum ni untuk dijadikan Ibrah. Kedua, jadikan sirah perjuangan Nabi sebagai sumber sejarah dan Sunnah Nabi sebagai sumber ikutan. Ketiga, bgaimana berfikir reflektif menjadikan kita berubah dan maju kerana apa yang berlaku pada masa yang lalu dalam banyak hal adalah sesuai dengan zamannya. Apa yang berlaku pada masa kini, walaupun pendekatannya mungkin berbeza tetapi isu yang dihadapi tetap sama. Oleh itu, berfikir reflektif membawa remaja kepada prinsip-prinsip yang Islami dan Qurani mampu diolah dengan metodologi kini tanpa menjejaskan kepentingan syarak yang menjadi pedoman utama umat Islam. Keempat, agaimana kemajuan yang ada pada umat dapat dipertahankan supaya umat Islam menjadi model yang terbaik untuk umat manusia.

Secara reflektifnya, para remaja seharusnya menginsafi bahawa tanpa asas ini, tidak mungkin umat Islam mampu memimpin dirinya apatah lagi ingin memimpin umat manusia. Sebaliknya kita akan dipimpin oleh mereka dengan cara mereka dan akhirnya umat Islam akan menjadi sebahagian daripada mereka.

Thursday, February 19, 2009

Ukhuwah Islamiyah Pemangkin Generasi Bertaqwa



Ukhuwah Islamiyah atau persaudaraan dalam Islam merupakan suatu elemen yang sangat penting dalam memastikan Islam sentiasa teguh dengan pendokong- pendokongnya. Islam akan kuat sekiranya umat islam bersatu padu dan bekerjasama dalam setiap amalan atau pekerjaan yang dilakukan. Bila Umat Islam bersatu, pihak musuh akan risau dan takut untuk melawan dan menentang Islam.

Berikut ini adalah syarat terpenting dan landasan yang paling utama dalam menerapkan ukhuwah Islamiyah.


1. Ikhlas Semata-mata kerana Allah

Ukhuwah islamiyah akan terlaksana jika orang-orang yang terlibat di dalamnya mampu membebaskan dirinya dari kepentingan dan keuntungan peribadi. Mereka berukhuwah atas dasar semata-mata karena Allah. Jika ukhuwah ini berlandaskan kerana Allah swt semata-mata., maka secara tidak langsung ia akan memberikan impak positif yang kewujudannya dapat dirasakan di kalangan masyarakat.


2. Harus Disertai Iman dan Takwa

Ukhuwah Islamiyah tidak mungkin akan terwujud kecuali seorang muslim memilih sahabat-sahabatnya yang mukmin dan mengambil sahabat-sahabtnya yang paling beriman dan bertakwa. Allah berfirman:

"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara..." (AJ-Hujurat: 10)

"Teman-teman yang dekat pada hari itu sebahagiannya musuh bagi sebahagian yang lain, kecuali yang bertakwa." (Az-Zukhruf: 67)

Rasulullah juga bersabda:

"Abu Sa'id Al-Khudri mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda, 'Janganlah kamu berkawan melainkan orang mukmin dan janganlah makan makananmu melainkan orang yang bertakwa'." (HR. Ahmad, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Hakim, hadits shahih)

Jika ukhuwah islamiyah ini terdiri di kalangan orang-orang beriman dan bertakwa, maka ikatannya akan kukuh dan kuat, tidak mungkin dapat digoyahkan oleh apapun dan siapapun, walau badai fitnah dan angkara murka menggoncangnya.


3. Harus Iltizam (Komitmen) dan Komited dengan Manhaj Islam

Keiltizaman ukhuwah dengan manhaj Islam akan dapat diwujudkan jika dua orang atau pihak yang saling bersaudara berjanji setia untuk berhukum dengan hukum Allah swt. dan mengembalikan segala persoalan kepada petunjuk Nabi Muhammad SAW.

Hal ini telah diisyaratkan oleh Nabi Muhammad saw. dalam hadits yang menjelaskan tentang dua orang yang saling mencintai dan berpisah karena Allah. Keduanya berjanji berkumpul untuk berpegang teguh kepada syariat Allah dan berpisah dalam keadaan tetap mengamalkan syariat Allah.

Oleh karena itu, bila dua orang Sahabat Rasulullah SAW berjumpa, mereka tidak akan berpisah kecuali satu diantara mereka telah membaca surat Al-‘Ashr, kemudian saling mengucapkan salam. Hal ini menunjukkan bahwa keduanya berjanji setia melaksanakan manhaj Islam dalam hidupnya. Mereka berjanji setia atas dasar iman dan amal soleh untuk saling berwasiat dengan kebenaran dan kesabaran serta berjanji setia akan selalu menegakkan Islam serta beriltizam penuh dengan Al-Qur'an dan seluruh prinsip Al-Qur'an, baik keyakinan hatinya, ucapan lisan, dan amal fisiknya.


4. Tegak Berasaskan Nasihat kerana Allah

Seorang muslim harus menjadi cermin saudara muslim lainnya. Jika salah seorang muslim melihat saudaranya berbuat baik, ia memberi semangat agar terus meningkatkan amal kebaikannya. Akan tetapi, jika ia melihat saudaranya mengerjakan sesuatu yang kurang sempurna, ia akan menasihatinya dengan cara yang baik, yakni secara diam-diam dan mengesyorkan agar ia bertaubat kepada Allah supaya kembali ke petunjuk Dinul Haq. Dengan demikian, terjadilah tolong-menolong yang penuh keutamaan, dan jauh dari kenistaan.

Jelaslah bahwa salah satu konsekuensi iman adalah menjauhkan dan memutuskan hubungan dengan orang-orang yang terus-menerus dalam kekufuran serta memusuhi Allah dan Rasul-Nya. Di pihak lain, Islam menempatkan ikatan ukhuwah islamiyah di atas semua ikatan, dan menempatkan persaudaraan aqidah Rabbaniyah berada di atas segala persaudaraan. Oleh karena itu, prinsip Islam yang tetap dan tidak berubah-ubah adalah, "Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara."


5. Setia dalam kesenangan dan kesusahan

Rasa kesetiaan dan tolong-menolong saat susah dan senang tidak akan terwujud jika dikalangan mereka tidak tumbuh rasa sependeritaan dan sepenanggungan. Oleh karena itu, jika Islam mewajibkan berbuat tolong-menolong sesama muslim, sudah tentu tolong-menolong tersebut berada dijalan Allah. Karena pada hakikatnya, dua orang yang bersaudara di jalan Allah telah mengikat janji setia untuk selalu berpegang dengan manhaj Islam, baik perkataan maupun perbuatannya. Mereka berjanji untuk melaksanakan Islam secara utuh dan teguh, tidak boleh melakukan penyimpangan sedikitpun dari garis-garis Islam. Allah berfirman:

"...Hendaklah kamu tolong-menolong dalam kebaikan dan taqwa" (Al-Maidah: 2)

Rasulullah juga bersabda:

“Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri'." (HR. Bukhari Muslim dari Anas)

Orang-orang yang bersaudara karena Allah, mengutamakan pelaksanaan prinsip syariat dan iltizam yang penuh dengan sistem Islam. Ringkasnya, dalam usaha untuk membangun tegaknya ukhuwah islamiyah, persyaratan-persyaratan tersebut seharusnya dipenuhi. Apabila persyaratan itu terpenuhi, maka ukhuwah akan subur dan segar serta berkembang dalam jiwa Orang Islam. Ukhuwah tidak akan terpengaruh oleh badai dan taufan yang menimpanya. Ukhuwah akan menjadi kukuh seperti gunung, bersinar terang seperti mentari, dan selalu ceria seperti pagi yang cerah. Wassalam

Wednesday, February 18, 2009

Sekalung Tahniah Segunung Harapan





Salam Bersua Salam Bicara..Pertama-tamanya kalam ingin mengucapkan beribu-ribu kemaafan kerana ketidaksempatan untuk melayari alam blog ini.InsyaAllah di keruangan masa dan keizinan oleh yang maha Esa, InsyaAllah kalam akan meneruskan pena perjuangan kalam ini.

Seperti mana yang sahabat-sahabat sedia maklum, tanggal 15/2/09 yang lepas berlakunya sidang Mesyuarat agong (AGM) Ikatan Studi Islam UKM yang berlangsung di Auditorium Siswa, Pusanika. Alhamdulillah majlis berjalan dengan baik, cuma dari segi kehadiran ahli agak kurang memuaskan mungkin disebabkan faktor-faktor tertentu yang tidak dapat dielakkan.Ana harapkan untuk muktamar yang akan datang, kerusi-kerusi yang ada dalam audi tersebut dapat dipenuhi dengan kehadiran ahli ISIUKM yang ramai.InsyaAllah

Kalam harap pimpinan pada sesi kali ini akan lebih mantap dan berupaya untuk menjadikan ISIUKM bergerak seiringan maju kehadapan dalam memacu perubahan di peringkat antarabangsa.Dengan amanah dan tanggungjawab yang berat ini, kalam yakin pimpinan mampu untuk memikulnya. Jadikanlah segala musibah atau dugaan yang bakal dihadapi sepanjang sesi 2009/2010 ini adalah ujian daripada Allah untuk menguji tahap keimanan hamba-hambanya.Ingatlah Allah selalu.Teruskan perjuangan..Islam untuk Semua. "Bergerak Seiringan Memimpin Perubahan"


 

Kalam Seorang Pendidik Free Blogspot Templates Designed by productive dreams for smashing magazine | | Free Wordpress Templates. Cell Numbers Phone Tracking, Lyrics Song Chords © 2009